Isnin, 28 Februari 2011

CiTer peNuLis samb 3

RAHSIA DI SEBALIK MALAM

Hari ni kecoh satu universiti pasal kejadian semalam, masuk je dewan kuliah  Hana di jadikan bahan bualan. Mana tak nya budak perempuan yang paling berani boleh pengsan sebab nampak hantu. Bila pandang papan putih kat depan, penuh lawak bodoh yang Man tulis. Memang sebal hati Hana, rasa macam nak balik je tapi kalau dia balik memang kena lagi teruk la dengan Man tu. ‘Arggghhhhh aku benci kau Man. Tau la kau nanti balasan aku” mrah dalam hati Hana. “Kalau la aku berani semalam dah lama aku sekeh-sekeh hantu tu.”bebel Hana kegeraman dengan hantu semalam tu, Lia hanya pasang telinga dia tak berani nak masuk campur bila Hana perang dengan Man. Takut nanti dia pula jadi korban.Hana memang tak dapat lupakan kejadian semalam, mana taknya bukak je selimut hantu tu sergah tapi sempat dia bagi penampar dekat  hantu tu. Lepas tu terus gelap pandangan Hana. “Wei betul ke semalam ada budak pengsan nampak hantu...Haha... depan –depan nampak berani tapi sebenarnya penakut...”sindir Man bajet musuh Hana yang memang saja cari nahas tapi Hana buat tak dengar. “Agak-agak la macam mana ye rupa kau man kalau aku sumbat pen ni kat kau?” Hana mula bersuara singa. Lia pula menikus senyap je. Paling parah bila Man buat-buat takut. “Ei takutnya aku... Mak tolong Man, ada orang buli Man.” Man mengejek-ejek Hana dengan gaya konon-konon dia takut. ‘Pemadam nasib kau la aku nak baling kau kat budak tu.’ arah hana pada pemadam, dia sudah bersedia untuk mulakan perang. Kesian pemadam yang tak bersalah tu, kalau dia boleh cakap dah lama dia marah Hana. Tapi kalau pemadam bercakap taubat Hana pengsan lagi. “Nah amik kau makan pemadam aku” Hana membaling pemadamnya ke arah Man tapi tak di sengajakan pemadam masuk tepat ke sasarannya. Kedengaran gelak tawa mereka yang bergitu mencuitkan hati. Pada waktu itu juga Prof.Zam masuk dia yang turut menonton kejadian pemadam terbang turut berasa lucu. Dewan kuliah kembali senyap. Paling best bila Man di minta keluar dari kelas kerana membuat kekecohan. Senang hati Hana yang melihat Man kena halau. “Baru padan muka kau Man.” Hana menjelir lidah tanda mengejek Man. Habis je kuliah Hana terus nak balik asrama manakala Lia ingin ke perpustakaan untuk mencari buku rujukan. Sewaktu melalui kawasan padang, Hana melihat Man dengan sekutunya gelakan sesuatu. Hana cuba pasang telinga untuk mendegar tapi bila apa yang di dengarnya sungguh di luar dugaan dia terus je cabut.

“Eh tu bukan Hana ke?” soal Hisham, sekutu Man yang melihat Hana berlari. “Ah lantak la dengan dia. Apa aku nak peduli dengan dia.”balas Man. “Eh Man kau tak risau ke kalau-kalau tadi tu Hana lari sebab dengar perbualan kita”tanya Hisham yang kerisauan, yang lain turut bersetuju. Mereka takut semua rahsia itu bocor. “Dah la tak payah pikir yang pasti rahsia ni kita je tahu. Kalau rahsia ni pecah, kita semua mati.”Man memberi amaran agar perkara itu hanya mereka yang tau. Tapi mereka tak tahu sebenarnya rahsia mereka sudah terbongkar. Mereka terus beredar untuk meraikan kemenangan mereka. Bukan kemenagan dalam harumkan nama universiti tapi kemenangan yang menjadi rahsia.

“Adoi..”Hana terlanggar seseorang. “Eh akak sorry kak tak sengaja.”Hana memohon maaf kerana terlanggar. “Ha ni kenapa Hana? Nampak kalut je, kene kejar hantu ke?” soal Kak Ina. “Ah...Ah..”balas Hana walaupun sebenarnya dia tak dengar pun apa yang kak Ina tanya. “Kak Ina tanya apa tadi erk?” soal Hana kembali bila melihat reaksi muka kak Ina yang pelik. ‘aku salah cakap ke tadi’Hana fikir balik apa yang dia kata pada kak Ina. “Tak..tadi akak tanya kenapa Hana kalut sampai langgar akak tadi?” Ina soal sekali lagi. “Oohh... Hana kalut sebab nak cepat jum akak la.” Jawab Hana. Ina pelik kenapa Hana nak berjumpa dengannya. Pasti sesuatu yang penting sehingga dia kalut semacam. Tapi apa dia? Apakah yang sebenarnya ingin disampaikan? Ina mula bermain soalan di fikirannya.

1 ulasan:

addin adila berkata...

sambungan seterusnya lusa akan di update