Sabtu, 26 Februari 2011

CiteR PeNuLiS samb 2

KEJADIAN YANG MENAKUTKAN

“Assalamualaikum” kedengaran suara dari luar bilik Hana mengejutkan Hana yang terkenang zaman persekolahannya dulu. “Waalaikumusalam.....”jawab Hana, Lia dan Kak Sue tapi tak ada sorang pun yang nak bangun buka pintu. Kalau nak tunggu Hana dengan Lia buka alamat kematu la orang yang tunggu tu. “Kejap-kejap nak buka pintu.” jawab Kak Sue yang dah bediri untuk membuka pintu. Bila pintu dibuka tak ada sapa pun. “Eh bukan tadi ada orang ke bagi salam?” soal Kak Sue yang kehairanan. “Orang tu dah balik kot Kak Sue sebab lama sangat tunggu tadi.” Balas Lia. Hana hanya mengganguk kepala tanda setuju dengan Lia. “Mungkin gak la...” balas Kak Lia lalu ingin menutup pintu. Tapi belum sempat pintu ditutup Kak Sue menjerit “Arghhhhhh....hantuuuu..jatuhh kau...” membuatkan Hana dengan Lia terkejut tapi masing-masing still dengan posisi masing-masing yang malas nak bangun. Tapi mereka pelik kenapa Kak Sue senyap. Lalu mereka bangun untuk melihat apa yang dibuat Kak Sue. “Lia cepat tolong aku angkat Kak Sue ni..” Hana yang sudah mendekati kak Sue terkejut kerana melihat Kak sue rebah di depan pintu. “Eh kenapa dengan Kak Sue ni Hana?” soal Lia yang kelihatan panik. “Ish...manalah aku tau. Kau tanya la Kak Sue nanti bila dia sedar.” Hana mula risau bila melihat keadaan Kak Sue yang tiba-tiba pengsan. ‘Mana ada hantu waktu macam ni. Baru pukul 10.45 malam, lagipun malam ni malam...eh malam ni malam jumaat lupa lak aku ni’kenyataannya itu membuatkan dirinya meremang. “Eh Lia kau pergi panggil roommate Kak Sue.” Arah Hana setelah mereka membaringkan Kak Sue. “Ok..ok aku gi panggil Kak Ina kejap” Lia terus berlalu keluar. ‘Alamak aku tinggal sorang la pulak jaga Kak Sue ni. Ish dah la bilik Kak Sue tu jauh sikit. Adoiyai Lia cepat la sikit kau balik...Aduh’ Hana mulai risau bila dia bersendirian. Hana yang takut pn apa lagi bersembunyi dalam selimut sebab pintu biliknya tiba-tiba dihempas dengan kuat. Memang terkejut beruk la Hana. Beruk pun tak terkejut sampai macam tu sekali. Hampir 5 minit menunggu Lia dengan Kak Ina balik. Tiba-tiba Hani terdengar bunyi pintu biliknya terkuak tanda dibuka dari luar tapi Hana masih tidak berani melihat kerana dia sendiri dalam ketakutan. Terasa seperti ada sesuatu sedang menghampirinya dan dia menyangka Lia dengan Kak Ina. Bila dia membuka selimutnya, dia memerhatikan tiada sesiapa di situ melainkan dia dan Kak Sue yang masih pengsan. ‘Ai jangan la main-main’ Hana resah. Dia kelihatan betul-betul ketakutan . Badannya berpeluh kerana tidak selesa dah macam air ujan je peluh tu. ‘Siapa yang buka pintu tadi tu.’ Pintu bilik terkuak lagi dan kembali kedengaran pintu bilik dihempas dengan kuat lagi. Terus hana kembali berselubung dalam selimut. Keadaan di luar kelihatan sungguh gelap dan angin kencang berserta guruh berdentum menandakan hujan yang lebat pasti turun. Tba-tiba seluruh bangunan penghuni siswi gelap selepas dentuman kuat guruh. “Argh.......” kedengaran jeritan seseorang membuatkan Lia, Kak Ina dan beberapa siswi yang ingin ke bilik Hana terkejut. “Ish sapa pulak jerit malam-malam macam ni” soal Kak Mas. “Ish Mas,mulut tu jaga sikit jangan tegur sembarangan.’ Tegur Kak Ina. “Ha Mas,Ita dengan Lia tunggu sini kejap akak nak patah tanya mana-mana siswi yang ada lampu suluh. Jangan nak pergi dulu dalam gelap ni.” Pesan Kak Ina sebelum berlalu ke bilik senior yang lain. “Kak Mas beraninya Kak Ina pergi sorang-sorang. Dia tak takut ke?” soal Lia yang turut takut. “Kak Ina tu mana pernah takut gelap. Sebab dia tu berani la dia jadi Ketua kat Asrama Siswi ni. Dah la jangan banyak tanya. Duduk diam-diam lagi baik dari buat bising” balas Kak Ita menjawab soalan yang Lia tanya pada Kak Mas. Lia menurut kata sebab dia junior. Lagipula tak ada benda nak ditanya. Lia memerhati keadaan di sekeliling yang hanya ditemani cahaya lampu suluh dan lilin, suasana yang sunyi menambahkan lagi kegerunan malam. Tengah seronok memerhati, Lia merasa ada kelibat yang baru melepasi pandangannya. Pucat lesi muka Lia hanya dia sendiri yang tau jantung dia ni dah kena ‘heart attack’. ‘Mampus aku...apa benda la yang lalu tadi tu?’ Lia tak mampu berkata-kata kerana lidahnya dah kelu. “Lia...Lia.. ”panggil Kak Mas dan Kak Ita. “Kenapa Kak Mas, Kak Ita?”soal lia kembali. “errrr.....Lia...Lia nampak tak tadi?” soal Kak Mas dan Kak Ita separuh berbisik. ‘Ehh.. diorang pun nampak jugak ke?’ soal Lia dalam hati. “Errr... nampak kak tapi buat-buat tak nampak” balas Lia. Apalagi budak bertiga ni pun berpelukan sesama mereka kerana ketakutan. Kedengaran derapan tapak kaki seseorang yang semakin mendekati mereka. Semakin dekat...semakin dekat.... dan “Argh...aku makan korang”. Lintang pukang budak bertiga tu lari macam lari pecut 800 meter. “Mak tolong Ita mak ..hantu nak makan Ita” latah Kak Ita yang berlari dalam gelap sehingga selipar dia tercabut pun  dia tak berani nak patah balik sebab takut kena sergah dengan hantu. “Argh......tolong...tolong” kedengaran pula Kak Mas dengan Lia menjerit melolong meminta pertolongan sehingga Lia tersadung gara-gara terlanggar pasu di koridor.Lia mengaduh sakit dan dia dah tak boleh nak berlari lagi, Kak Mas turut berhenti untuk memastikan keadaan Lia. “Lia Ok tak?”tanya Kak Mas. “Kak kaki ni dah berdenyut-denyut ni” Lia menahan sakit. Mereka berdua tidak sedar yang Kak Ita tidak ada bersama mereka. “Eh Lia mana Kak Ita erk?”soal Kak Mas apabila menyedari ketiadaan Ita,temannya itu. “Tadi bukan dia lari dengan kita sekali ke?” soal Lia kembali. “Jangan-jangan Kak ita dah kena makan dengan hantu tu. Kenyang hantu tu makan Kak Ita.” mula la mereka fikirkan perkara bukan-bukan. “Tapi Kak kalau hantu tu simpan je Kak Ita macam mana?” soal Lia kembali sambil berlinangan air matanya.
“eh budak-budak bertiga ni mana? Tadi aku suruh tunggu kat sini tadi?” soal Kak Ina yang pelik kemana hilangnya Kak Ita, Kak Mas dengan Lia. “Tak akan la diorang jalan dalam gelap ni”Kak Ina mula tak sedap hati tapi dia bukan jenis cepat melatah. Dia membuat keputusan untuk ke bilik Hana. Mungkin mereka semua dah ada kat sana. Ketika lalu di laluan surau Kak Ina ternampak selipar Ita. “Ini selipar Ita. Macam mana selipar budak ni ada kat sini. Lagipun laluan surau bukan menuju ke bilik Hana. Kini dia pasti ada yang tak kene dengan budak bertiga tu.

 Ina membuat keputusan untuk mencari mereka di sekitar situ kerana tak mungkin diorang dapat berlari jauh sebab mereka bertiga tu bukannya suka bab nak lari-lari ni. Tengok je time ada maraton terbuka pelajar, tiga-tiga buat  muka tercungap-cungap, bila latihan larian memang kaki skip je. Kalau bagi sorak bukan main lagi suka. “Baik aku cepat cari diorang. Tapi tak akan la aku nak cari budak bertiga tu sorang-sorang. Jenuh aku nanti” fikir Ina lalu memanggil beberapa penghuni siswi yang lain untuk membantunya mencari mereka. Mereka berpecah dan mencari disekitar kawasan surau dan  seluruh kawasan bangunan siswi.  “harap-harap tak jadi apa-apa kat diorang tu.”keluh Kak Ina. “Kak Ina....Kak Ina cuba tengok tu...” seorang siswi menunjuk kearah sesuatu sambil menyuluh kerana tak dapat di lihat. “Eh itu kan Lia dengan Kak Mas korang. Apa diorang buat kat sini?” dalam hati Ina bersyukur kerana tidak terjadi apa-apa dekat mereka tapi dia pelik mana si Ita pulak pergi. Mereka segera mendapatkan Lia dan Kak Mas. “Mas apa dah jadi ni? Kenapa dengan kaki Lia tu? Mana Ita,Mas?” bertubi-tubi soalan diutarakan Ina. Dia bimbang dengan Ita yang belum ditemui. “Ish kau ni cuba tanya satu-satu dulu. Ni Lia kaki dia tersadung pasu. Aku terpisah dengan dengan Ita time lari tadi sebab ada hantu kacau. Itu lah citernya. Ada apa-apa lagi aku miss?” jawab Mas pada Ina. “Dah jom kita bawak Lia balik bilik. Entah apa citer pulak Sue dengan Hana tu. Tambah pening dengan sorang lagi hilang.” Seorang siswi membantu Ina untuk memimpin Lia berjalan dan lagi dua orang membantu Mas yang keletihan. Bila mereka tiba di hadapan bilik Hana. Ina rasa pelik kerana bilik itu bergelapan. “Ish hana ni tak pasang lilin or lampu suluh ke? Boleh pulak dia bergelapan dalam bilik ni.” Ina menyeluruh seluruh ruang bilik yang gelap tu. Kelihatan Hana tidur disisi Sue. “Orang suruh jaga orang lain dia boleh tidur pulak” bebel Kak Ina. “Hana...Hana... bangun Hana. Eh kenapa badan Hana ni sejuk” Ina mula panik melihat keadaan Hana. Pasti ada sesuatu terjadi padanya. Lia dan Mas disuruh duduk di atas katil Lia. “Lia.. lampu suluh ada tak dalam bilik ni?” soal Ina pada Lia. “Ada Kak.. Cuba akak cari bawah katil Hana.” Balas Lia. Lia memang tahu dengan perangai Hana yang suka membaca sampai lewat malam sehingga menganggu tidurnya. Jadi Hana akan mengguna lampu kecemasan untuk membaca dalam gelap. Bilik A-3 diterangi dengan lampu kecemasan. “Apa yang Kak Ina cari tu?”. Akak tengah cari minyak angin dengan kotak first aid. Korang ada tak?” soal Kak Ina. “Cuba cari dekat laci meja study Hana. Rasanya semalam dia letak semua kat situ. Kak Ina mula bergerak sedikit ke laci lalu mengambil minyak angin untuk disapukan sedikit pada hidung Hana dan Kak Sue agar mereka sedar. Tapi masih tidak ada tindak balas dari mereka. Lalu dia mengambil air dan merenjis ke muka mereka. Kelihatan Kak Sue sudah mula membuka matanya dan dia hairan dengan keadaan bilik A-3 yang penuh dengan kehadiran teman dan junior. Tba-tiba seluruh bangunan asrama siswi diterangi lampu menandakan bekalan elektrik sudah pulih. “Ha Sue dah sedar dah kau. Kau ok tak?” soal Kak Ina melihat kawannya itu sudah sedar dan dia bersyukur kerana bekalan elektrik sudah ada. “Aku ok tapi kepala aku pening la. Kenapa ramai sangat dalam bilik ni. Asal dengan Hana dengan Lia tu?” Sue hairan melihat keadaan Hana  yang pucat dan kaki Lia yang bengkak. ‘eh budak-budak ni bukan tadi ok ke? Tak akan la kita orang gaduh. Fikiran Sue mula ligat mencari jawapan. “Dah la Sue kau jangan banyak fikir. Bila kau dah ok nanti aku citer kat kau.” nasihat Kak Ina. Dia tak mau Kak Sue fikir dengan keadaannya takut-takut nanti dia lagi teruk. Kak Ina meminta seseorang untuk memberikan Kak Mas dan Kak Sue minum untuk menghilangkan dahaga. Kaki Lia yang teseliuh diurut Kak Ina dengan berhati-hati agar tidak tersalah urat. Kak Sue kembali tidur dan yang lain-lain masih menunggu pencarian Kak Ita yang belum dijumpai.

Selang beberapa minit kemudian Kak Ita dibawa oleh 4 orang pelajar ke bilik A-4, sebelah bilik Hana dengan Lia kerana ruang bilik mereka sempit. Keadaan Ita yang tidak sedarkan diri itu turut membuatkan Ina bingung. Apakah perkara sebenar yang terjadi kepada, Sue,Hana,Ita,Mas dan Lia. Pasti semua ini ada berkaitan. Tak mungkin semua ini terjadi secara kebetulan. Perkara ini harus disiasat. "Terima kasih la korang semua sebab tolong bantu akak cari Ita tadi. tapi korang jumpa dia kat mana?"soal Ina kepada 4orang siswi yang membantunya. "tadi kami jumpa Kak Ita terbaring dekat tepi surau." jawab salah seorang dari mereka. Malam ni memang menakutkan semua. Mereka berharap perkara sebergini tak akan terjadi lagi. Rahsia malam ni biarlah Ina sahaja yang tau. Dia tau kenapa semua ini terjadi. Dia hanya akan memastikan semua yang terjadi esok.

Tiada ulasan: